Friday, July 13, 2018

DINAH

makan malam bersama sahabat

Video ini adalah hadiah daripada sahabat baik saya..nama panggilan Kevin.

Monday, July 9, 2018

WPC

Polis wanita
Penghujung tahun yang indah tahun 2008 saya telah bergelar seorang anggota polis wanita. Saya telah ditugaskan di IPD Gombak sebagai tugas am. Dalam tempoh 3 bulan saya dan rakan-rakan polis baru digelar sebagai budak priktikal. Selepas dari tempoh tersebut kami telah ditempatkan di balai-balai polid dan cawangan-cawangan yang berbeza. Satu cabaran baru lagi dalam hidup apabila ditugaskan di kawasan lembah klang yang mana indeks jenayahnya adalah tinggi berbanding tempat lain. Cabaran bertugas di lebah klang berbeza dengan tempat lain tetapi cabaran tersebut lebih cepat menjadikan saaya seorang yang kuat, cekal dan tabah dalam berhadapan dengan orang awam. Selain itu, kemahiran dalam penugasan juga akan lebih cepat dikuasai berbanding di tempat-tempat bukan “hot sport”. 

Pelajar PJJ UUM







UUM (PACE)
Tahun 2018 adalah tahun kedua saya bergelar sebagai pelajar Bachelor of Communication secara Pengajian Jarak Jauh di UUM. Sebelum ini saya pernah belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang yang sama tetapi tidak menamatkan pengajian hingga ke akhirnya kerana masalah peribadi. Tahun 2017 telah membuka ruang hati saya untuk menyambung pengajian semula bersama UUM. Dorongan daripada rakan-rakan adalah faktor saya untuk meneruskan perjuangan saya bagi  menggengam segulung ijazah. Terdapat ramai rakan saya yang berlumba-lumba dalam menyambung pengajian sehingga ke tahap yang lebih tingga hingga mendorong saya menyertai mereka. Selain itu terdapat juga rakan-rakan saya yang telah dinaikkan pangkat menjadi pegawai polis Inspektor yang mana pangkat tersebut memerlukan kelayakan akademik paling rendah adalah ijazah. Kenaikan pangkat bukanlah motif utama saya untuk mendapatkan ijazah. Sebenarnya niat tersebut telah tersemai dalam diri sejak tamat tingkatan 6 lagi. Bapa saya merupakan pendorong utama bagi saya untuk mengengam gulungan ijazah itu. Beliau memang mengharapkan saya terus menyambung pengajian ke peringkat ijazah selepas STPM tetapi saya beranggapan kerjaya adalah lagi utama daripada menyambung pelajaran kerana dalam kerjaya juga kita boleh meneruskan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran dengan adanya PJJ.  

Belajar dan bekerja kini adalah rutin harian saya. Kerja saya juga kadang-kadang di lapangan. Manakala kerja di dalam pula saya akan bertugas di kaunter. Oleh itu saya tidak boleh mncampur adukkan kerja dengan belajar. Saya akan meluangkan masa untuk belajar apabila tidak bertugas. Jadual tugas yang tidak menentu iaitu tugas mengikut giliran (syift) memerlukan kekuatan hati untuk saya membahagikan masa.
Belajar di UUM lebih teratur berbaindang dengan PJJ universiti awam lain kerana kelas kuliah hanya sebulan sekali berbanding universiti lain kuliah adalah setiap minggu. Oleh itu UUM menjadi pilihan di hati dan saya berharap inilah pilihan terbaik saya bagi mencapai cita-cita saya.



Hiking 2 semanggol







Bawah gunung semanggol

Perjalanan ke puncak

Puncak gunung semanggol




Bahagian 2

Kami telah bergerak daripada Gopeng ke Gunung Semanggol pada jam 0100 hrs dan sampai di kaki gunung pada jam 0300 hrs. Pada jam 0400 hrs kami memulakan sesi pendakian dan tiba di puncak gunung pada jam 0600 hrs. Apabila tiba di puncak kami berpeluang untuk memasak makanan segera untuk sarapan pagi bagi menggantikan tenaga yang telah digukanan selama tempoh pendakian. Misi utama pendakian tersebut adalah mengejar matahari terbit dan ternyata misi tersebut tidak sia-sia. Hasrat kami untuk melihat ciptaan tuhan yang maha esa itu telah tercapai di depan mata dan kami sangat berpuas hati apabila kami sempat mengambil detik-detik tersebut. Pemandangan dari puncak gungung juga sangat menakjubkan di mana kita dapat melihat sawah padi yang menghijau dan gunung-ganang lain yang tersergam indah. Setelah puas menikmati keindahan tersebut, kami pun menuruni gunung pada jam 1000 hrs. Dalam tempoh 4 jam di puncak gunung saya telah jatuh hati dengan gunung semanggol dan berasa tidak puas lagi berada di atas gunung tersebut. Walaupun kesakitan di bahagian kaki dan betis terasa selama seminggu tapi ianya langsung tidak mengubah semangat dan perasaan cinta saya kepada aktiviti pendakian. Akhir sekali kepuasan akan dapat dirasai selepas penat lelah dengan hadiah pemandangan yang indah hadiah daripada yang maha esa selain dapat menambahkan stamina badan kita. 

-Tamat-

HIKING

LANDAK CAMPING CLUB


SEMEBUM MENDAKI

GAMBAR SEMELUM MENDAKI

Bahagian 1.
Mendaki bukit adalah hobi terbaharu saya sejak saya menyertai kelab Landak Camping pada tahun 2017. Saya bersama sahabat rapat saya iaitu Afiza telah menyertai kelab tersebut dan sahabat saya itu adalah pendorong untuk saya menjadi pendaki bukit yang agak kental. Bukit pertama yang saya daki adalah Gunung Semanggol, Taiping, Perak. Saya dan rakan-rakan kelab telah menawan Gunung Semanggol yang berketinggian 1279 kakipada 27 Julai 2017. Kami telah bergerak daripada Selayang ke Perak pada 26 Julai dan bermalam di Gopeng bagi memudahkan aktiviti pendakian.

Bersambung....................

Pengalaman setahun jagung



HOSPITAL sHIP

Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sepanjang saya bertugas adalah semasa saya baru setahun berkhidmat dalam PDRM, kali pertama saya bertugas di Pondok Polis hospital saya telah menerima repot kes rogol. Mangsa kes rogol tersebut adalah remaja perempuan berusia 15 tahun dan beliau datang ke hospital kerana sakit perut. Setelah diperiksa oleh doktor didapati remaja itu telah mengandung yang mana beliau sendiri tidak mengetahui telah mengandung selama 3 bulan. Perkara yang meyayatkan hati saya adalah mangsa dilarikan oleh perogol semasa pulang pada waktu spetang daripada sekolah selesai menduduki peperiksaan PMR. Mangsa dirogol dalam sebuah rumah kosong oleh suspek yang tidak dikenalpasti olehnya dan ditinggalkan di rumah kosong tersebut. Ketika  menerima repot tersebut saya sangat terkejut dan simpati dengan mangsa dan ibu bapa mangsa yang hanya meluahkan perasaan mereka dengan linangan air mata sahaja. Hari yang seterusnya saya bertugas di tempat yang saya saya melihat kematian di hadapan mata saya sendiri dan itu adalah kali pertama saya melihat mayat. walaupun kes sebegitu kini saya rasakan hanyalah kes biasa yang berlaku di kawasan lembah klang, tetapi saya masih tidak boleh melupakannya kerana ianya adalah repot jenayah kekerasan yang pertama saya terima. 

MEMASAK

AYAM MASAK KICAP

Aktiviti masa lapang saya yang paling utama adalah memasak. Selain dilihat ianya sebagai satu tanggungjawab sebagai seorang suri dan seorang ibu, ianya juga telah menjadi salah satu daripada hobi saya. Saya suka memasak untuk ahli keluarga saya apabila saya berkesempatan dan menu masakan saya yang sangat digemari oleh seisi keluarga saya ialah ayam masak kicap. Ayam masak kicap adalah satu masakan yang sangat ringkas dan mudah tetapi saya menggunakan teknik-teknik tertentu untuk menjadikan masakan tersebut menjadi lagi lazat hingga menjadi kegemaran ahli keluarga saya. Selain ahli keluarga, rakan-rakan saya turut bertanya apa sebenarnya  rahsia ayam masak kicap mengikut “style” saya. Saya tidak mempunyai resepi yang khusus dalam penyediaan ayam masak kicap tersebut tetapi saya menggunakan kaedah tertentu iaitu menggoreng ayam secara separuh masak terlebih dahulu. Saya juga menggunakan kicap manis cap kipas udang dan juga menggoreng kicap tersebut bersama minyak gorengan ayam tadi bersama tumisan bawang. Seterusnya saya akan memasak ayam tersebut menggunakan api yang perlahan dan dalam tempoh masa yang tertentu. Sebenarnya memasak adalah lahir daripada kasih sayang kita terhadap orang yang akan menjamu makanan terebut. Akhirnya kasih sayang itu akan dicurahkan ke dalam makan hingga menjadikan makanan itu lazat tak terkata.

KERJAYA


Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Perkataan itu sering kita dengari terutamanya apabila berkisarkan tentang rezeki. Begitulah juga dengan rezeki saya. Saya tidak pernah menyangka kerjaya saya adalah Polis walaupun semasa zaman persekolahan dahulu ianya pernah menjadi salah satu cita-cita saya. Kreteria pemilihan anggota dan pegawai polis dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah sangat susah terutamanya dari segi fizikal dan perwatakan. Sebenarnya sebelum saya dipanggil untuk jawatan konstabel polis wanita, saya telah dipanggil untuk temuduga jawatan Inspektor. Saya pergi hadir temuduga tersebut dengan tawakkal kerana saya tahu bahawa bukannya mudah untuk mendapat jawatan tersebut sedangkan semasa temuduga konstabel juga ianya terlalu rumit inikan pula inspektor. Ternyata tekaan saya sangat benar di mana temuduga inspektor tersebut perlu dijalani selama 3 hari dan selama tempoh itu pelbagai ujian dan cabaran yang diberikan. Setelah 6 bulan menunggu panggilan inspektor dan setahun lebih menunggu panggilan jawatan konstabel, alhamdulilah saya menerima tawaran bagi jawatan konstabel polis wanita. Saya telah menjalani latihan kepolisan di Pusat Latihan Polis Air Hitam Negeri Sembilan selama 6 bulan. Sepanjang tempoh tersebut tiada hari tanpa latihan dan masa tidur iaitu sekitar jam 0001 hrs adalah paling bermakna bagi seoraang pelatih ataupun rekrut kerana sesi latihan akan dimulakan seawal jam 0600 hrs. Ketahanan mental memainkan peranan penting selama tempoh latihan tersebut di mana para pelatih perlu berhadapan dengan rakan satu dorm seramai 23 orang yang pelbagai ragam dan perlu berhadapan dengan latihan fizikal dan akademik (undang-undang). Selain itu juga disiplin dan tatasusila juga sangat ketat peraturannya sehingga mencabar ketahanan mental. Selamat tempoh lahitan itu juga penurunan berat badan yang diharapkan selama ini telah berjaya dengan jayanya. Berat badan saya telah berkurangan hampir 10kg. Terdapat juga rakan-rakan yang terkandas di tengah jalan apabila tidak dapat menghabiskan tempoh latihan akibat tertekan dan lain-lain masalah. Saya juga tidak ketinggalan mengalami tekanan perasaan dan hampir mengikuti jejak langkah rakan-rakan yang telah berkemas pulang. Tetapi Allah maha besar, dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Akhirnya saya mendapat kekuatan daripada kesakitan yang dilalui sepanjang tempoh latihan dan saya dengan jayanya dapat menamatkan latihan asas kepolisan pada 27 Disember 2008 dengan penganugerahan Sijil Asas kepolisan (PLAK).    

Posting


Penghujung tahun yang indah tahun 2008 saya telah bergelar seorang anggota polis wanita. Saya telah ditugaskan di IPD Gombak sebagai tugas am. Dalam tempoh 3 bulan saya dan rakan-rakan polis baru digelar sebagai budak priktikal. Selepas dari tempoh tersebut kami telah ditempatkan di balai-balai polis dan cawangan-cawangan yang berbeza. Satu cabaran baru lagi dalam hidup apabila ditugaskan di kawasan lembah klang yang mana indeks jenayahnya adalah tinggi berbanding tempat lain. Cabaran bertugas di lebah klang berbeza dengan tempat lain tetapi cabaran tersebut lebih cepat menjadikan saaya seorang yang kuat, cekal dan tabah dalam berhadapan dengan orang awam. Selain itu, kemahiran dalam penugasan juga akan lebih cepat dikuasai berbanding di tempat-tempat bukan “hot sport”. 

Sunday, July 8, 2018

Melawat Bandung

 I lOVE BANDUNG...

Awal Mac 2017 saya dan 2 orang sahabat yang saya sayangi telah bercuti ke bandung. Kami sebenarnya telah lama membuat perancangan untuk melancong ke Bandung, Indonesia iaitu sejak tahun 2016 lagi. Atas beberapa faktor tertentu seperti kouta cuti dan permohonan ke luar negara yang mengambil masa, kami akhirnya dapat menjejakkan kaki ke Bandung pada tahun 2017. walaupun pelbagai halangan sebelum pergi, rezeki menyebelahi kami dan perjalanan kami sangat berjalan dengan lancar.

Pada hari pertama, Iman membawa kami membeli-belah di Tokoh Tiga dan Pasar Baru dan kami mengambil masa yang lama di sini untuk membeli-belah. Saya sangat sukakan batik oleh itu saya tidak jemu-jemu untuk melihat keindahan kain-kain ataupun pakaian yang berasaskan batik yang dijual di Pasar Baru. Manakala Toko . Hari kedua Factory oulet, Cibaduyut. Hari ketiga Kawah Putih dan Farmhouse Susu Lembang dan Factory Oulet. Factory Oulet terdapat banyak di Kota Bandung dan harganya lebih murah berbanding di negara kita.


Kami menggunakan khidmat supir (pemandu) dari Hayuka Bondeng. Nama supir Iman yang kecil, comel dan sangat baik orangnya. Setibanya kami di Lapangan Terbang Bandara Hussen Sastranegara Bandong, kami disambut mesra oleh Iman dan kami menjumpai iman walaupun kertas yang dipegangnya itu tertulis “Dinar” dan bukannya nama saya “Dinah”. Iman seorang yang sangat lucu dan peramah. Sepanjang dalam perjalanan di dalam kereta, dia tidak jemu untuk bercerita kepada kami mengenai kota Bandung.
Bandung bersuhu rendah berbanding negara kita. Cuacanya yang sejuk dan berangin membuatkan kita sangat selesa untuk bergerak ke mana-mana sahaja. Saya sangat suka suasana Bandung yang sebegitu dan cuaca Bandung itu saya sangat rindui hingga kini. Suhu yang sejuk, kering dan berangin membuatkan saya bertambah cinta kepada kota itu.  
LUAK-KOPI LUAK

Pada hari pertama, Iman membawa kami membeli-belah di Tokoh Tiga dan Pasar Baru dan kami mengambil masa yang lama di sini untuk membeli-belah kerana ianya memang hobi saya dan hobi wanita-wanita lain juga. Saya sangat sukakan batik oleh itu saya tidak berasa jemu untuk melihat keindahan kain-kain ataupun pakaian yang berasaskan batik yang dijual di Pasar Baru. Manakala Toko tiga pula menjual pakaian berjenama terkenal dan harganya juga sangat berpatutan . Hari kedua kami dibawa ke Factory oulet, Cibaduyut. Hari ketiga Kawah Putih dan Farmhouse Susu Lembang dan Factory Oulet. Factory Oulet terdapat banyak di Kota Bandung di mana kedai ini menjual pakaian berjenama terkenal dengan harga yang berpatutan dan lebih murah berbanding di negara kita. Perkara utama yang membuatkan saya tertarik untuk pergi ke Kota Bandung ini adalah untuk membeli-belah. Tetapi apabila tiba di kota ini, saya lebih tertarik dengan cara hidup masyarakat kota ini.


Saya amat mengagumi masyarakat Kota Bandung kerana mereka hidup dalam bermasyarakat di samping kotanya yang bersih. Pada setiap pagi sedang kita masih lena diulit mimpi akan kedengaran bunyi hon dan  suara-suara yang memanggil-manggil. Masyarakat Bandung mula keluar untuk bekerja seawal subuh. Di tepi-tepi jalan kita akan dapat melihat beberapa orang sedang membuat kerja-kerja membersihkan jalan-jalan dan pinggir-pinggir kedai. Menurut Iman, orang-orang berkenaan melakukan kerja-kerja tersebut secara sukarela.  Apa yang menariknya lagi, walaupun Kota Bandung sesak dan jarang terdapat lampu isyarat, tetapi terdapat sukarelawan akan membantu untuk mengawal lalu lintas. Menurut Iman lagi, kes kemalangan jalan raya jarang sekali berlaku kerana sikap pemandu yang saling bertolak ansur. Pemandu-pemandu kereta juga akan berhenti untuk memberikan sedikit sumbangan kepada sukarelawan itu. Kadang-kadang kita akan mendengar bunyi hon kereta dan sebenarnya bunyi hon itu bukan seperti di negara kita yang bertujuan untuk memberi amaran ataupun menunjukkan rasa tidak puas hati pemandu. Di Kota Bandung, pemandu membunyikan hon kereta sebagai tanda terima kasih dan sapaan. Masyarakat di sana juga sangat rajin bekerja. Di setiap pinggir jalan akan kelihatan ramai  penjaja yang menjaja makanan dan lain-lain barangan. Satu hal yang membuatkan saya kagum lagi iaitu sepanjang saya berjalan kaki di Kota itu selama 3 hari, saya tidak pernah melihat ataupun didatangi oleh peminta sedekah tetapi saya hanya didatangi oleh penjaja yang memujuk saya untuk membeli barangan jualan mereka. Saya amat mengagumi masyarakat kota ini yang hidup berdikari, gigih dan bermasyarakat. Walaupun sesetengah daripada mereka hidup dalam keadaan sederhana, tetapi mereka masih mahu membantu orang lain. Saya tidak melihat kepada yang jauh tetapi saya melihat sikap itu pada supir kami iaitu Iman. Setiap kali beliau melihat beberapa orang sukarelawan yang membuat kerja-kerja amal, beliau akan memberikan sedikit sumbangan kepada mereka. Sikap mereka ini telah menyedarkan saya bahawa hidup adalah satu perjuangan dan kita sesama manusia perlu sama-sama berjuang di dunia yang hanya pinjaman semata-mata.

Hari terakhir kami berada di Kota Bandung kami hanya sempat bersarapan di hotel dan terus bergerak ke lapangan terbang. Semasa di lapangan terbang pula kami menghadapi masalah apabila berat bagasi kami telah berlebihan dan kami perlu membuat bayaran untuk lebihan bagasi. Apa yang menjadi masalah apabila kami kehabisan wang Rupiah kerana baki wang Rupiah telah kami berikan kepada Iman. Akhirnya masalah tersebut selesai apabila kami dapat menukar mata wang Rupiah. Seterusnya kami terus menaiki pesawat dan berlepas dari Bandung ke Kuala Lumpur. Saya meninggalkan Bandung dengan penuh emosi. Saya berasa sangat sedih untuk  meninggalkan kota yang mendamaikan itu tetapi saya juga tidak sabar untuk pulang ke tanah air untuk berjumpa permaa hati saya.

Terima kasih Bandung, banyak yang saya telah pelajari dalam tempoh yang singkat itu. 





Kereta Haayukka Bondeng

Monday, July 2, 2018

Daim Zayan

Daim Zayan
Saya mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Daim Zayan bin Mohd Zulkifly yang bermaksud berterusan cemerlang. Kelahiran zuriat pertama saya ini adalah satu rahmat dan anugerah yang paling terlindah dalam hidup saya. Saya tidak menyangkakan bahawa saya akan bergelar seorang ibu tambahan pula saya mendapat anak sulung selepas 4 tahun usia perkahwinan saya. Kelahiran yang dinantikan itu adalah berita gembira bagi saya dan suami serta kedua-belah keluarga kami. Tanggal 3 Mei 2014 anak sulung saya yang seberat 4.01kg  telah dilahirkan di Hospital Selayang secara pembedahan setelah saya menahan kesakitan selama 14 jam. Walaupun kesakitan semasa bertarung untuk melahirkan adalah sangat perit, tetapi ianya tidak terasa setelah menatap wajah anak saya pada pertama kalinya. Malaikat kecil itu dilahirkan dengan keadaan sungguh sempurna dan saya tidak pernah menyangka akan dapat merasai saat indah itu. Saya sepatutnya melahirkan anak saya pada bulan April tetapi kandungan saya telah terlebih tempoh (over due) selama 2 minggu. Dalam tempoh 2 minggu itu adalah saat yang paling mendebarkan bagi saya kerana saya berasa sangat risau akan keadaan anak saya di dalam rahim memandangkan telah lebih tempoh untuk melahirkan. Pelbagai cara saya telah lakukan untuk mempercepatkan proses bersalin seperti berjalan kaki, membuat kerja rumah dan bermandi hujan tetapi ianya tidak berjaya. Akhirnya tangal 2 Mei 2014 saya telah dimasukkan ke wad hospital dan telah diinduce (masukkan ubat) untuk mempercepatkan bukaan jalan untuk bersalin dan akhirnya saya selamat bersalin pada jam 0001 hrs 3 Mei 2014. Alhamdulilah Daim Zayan membesar dengan sihat walafiat dan kini telah berusia 4 tahun.  Sesungguhnya Allah maha pemberi, Allah maha mengetahui apa yang hamba-hambanya dambakan. 
Daim Zayan usia 1 hari
Daim Zayan usia 1 hari
Daim Zayan 4Th

DINAH

makan malam bersama sahabat Video ini adalah hadiah daripada sahabat baik saya..nama panggilan Kevin.