UUM (PACE)
Tahun 2018 adalah tahun kedua saya bergelar sebagai pelajar Bachelor of Communication secara Pengajian Jarak Jauh di UUM. Sebelum ini saya pernah belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang yang sama tetapi tidak menamatkan pengajian hingga ke akhirnya kerana masalah peribadi. Tahun 2017 telah membuka ruang hati saya untuk menyambung pengajian semula bersama UUM. Dorongan daripada rakan-rakan adalah faktor saya untuk meneruskan perjuangan saya bagi menggengam segulung ijazah. Terdapat ramai rakan saya yang berlumba-lumba dalam menyambung pengajian sehingga ke tahap yang lebih tingga hingga mendorong saya menyertai mereka. Selain itu terdapat juga rakan-rakan saya yang telah dinaikkan pangkat menjadi pegawai polis Inspektor yang mana pangkat tersebut memerlukan kelayakan akademik paling rendah adalah ijazah. Kenaikan pangkat bukanlah motif utama saya untuk mendapatkan ijazah. Sebenarnya niat tersebut telah tersemai dalam diri sejak tamat tingkatan 6 lagi. Bapa saya merupakan pendorong utama bagi saya untuk mengengam gulungan ijazah itu. Beliau memang mengharapkan saya terus menyambung pengajian ke peringkat ijazah selepas STPM tetapi saya beranggapan kerjaya adalah lagi utama daripada menyambung pelajaran kerana dalam kerjaya juga kita boleh meneruskan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran dengan adanya PJJ.
Belajar dan bekerja kini adalah rutin harian saya. Kerja saya juga kadang-kadang di lapangan. Manakala kerja di dalam pula saya akan bertugas di kaunter. Oleh itu saya tidak boleh mncampur adukkan kerja dengan belajar. Saya akan meluangkan masa untuk belajar apabila tidak bertugas. Jadual tugas yang tidak menentu iaitu tugas mengikut giliran (syift) memerlukan kekuatan hati untuk saya membahagikan masa.
Belajar di UUM lebih teratur berbaindang dengan PJJ universiti awam lain kerana kelas kuliah hanya sebulan sekali berbanding universiti lain kuliah adalah setiap minggu. Oleh itu UUM menjadi pilihan di hati dan saya berharap inilah pilihan terbaik saya bagi mencapai cita-cita saya.
No comments:
Post a Comment