Monday, July 2, 2018

Daim Zayan

Daim Zayan
Saya mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Daim Zayan bin Mohd Zulkifly yang bermaksud berterusan cemerlang. Kelahiran zuriat pertama saya ini adalah satu rahmat dan anugerah yang paling terlindah dalam hidup saya. Saya tidak menyangkakan bahawa saya akan bergelar seorang ibu tambahan pula saya mendapat anak sulung selepas 4 tahun usia perkahwinan saya. Kelahiran yang dinantikan itu adalah berita gembira bagi saya dan suami serta kedua-belah keluarga kami. Tanggal 3 Mei 2014 anak sulung saya yang seberat 4.01kg  telah dilahirkan di Hospital Selayang secara pembedahan setelah saya menahan kesakitan selama 14 jam. Walaupun kesakitan semasa bertarung untuk melahirkan adalah sangat perit, tetapi ianya tidak terasa setelah menatap wajah anak saya pada pertama kalinya. Malaikat kecil itu dilahirkan dengan keadaan sungguh sempurna dan saya tidak pernah menyangka akan dapat merasai saat indah itu. Saya sepatutnya melahirkan anak saya pada bulan April tetapi kandungan saya telah terlebih tempoh (over due) selama 2 minggu. Dalam tempoh 2 minggu itu adalah saat yang paling mendebarkan bagi saya kerana saya berasa sangat risau akan keadaan anak saya di dalam rahim memandangkan telah lebih tempoh untuk melahirkan. Pelbagai cara saya telah lakukan untuk mempercepatkan proses bersalin seperti berjalan kaki, membuat kerja rumah dan bermandi hujan tetapi ianya tidak berjaya. Akhirnya tangal 2 Mei 2014 saya telah dimasukkan ke wad hospital dan telah diinduce (masukkan ubat) untuk mempercepatkan bukaan jalan untuk bersalin dan akhirnya saya selamat bersalin pada jam 0001 hrs 3 Mei 2014. Alhamdulilah Daim Zayan membesar dengan sihat walafiat dan kini telah berusia 4 tahun.  Sesungguhnya Allah maha pemberi, Allah maha mengetahui apa yang hamba-hambanya dambakan. 
Daim Zayan usia 1 hari
Daim Zayan usia 1 hari
Daim Zayan 4Th

No comments:

Post a Comment

DINAH

makan malam bersama sahabat Video ini adalah hadiah daripada sahabat baik saya..nama panggilan Kevin.