HOSPITAL sHIP
Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sepanjang saya bertugas adalah semasa saya baru setahun berkhidmat dalam PDRM, kali pertama saya bertugas di Pondok Polis hospital saya telah menerima repot kes rogol. Mangsa kes rogol tersebut adalah remaja perempuan berusia 15 tahun dan beliau datang ke hospital kerana sakit perut. Setelah diperiksa oleh doktor didapati remaja itu telah mengandung yang mana beliau sendiri tidak mengetahui telah mengandung selama 3 bulan. Perkara yang meyayatkan hati saya adalah mangsa dilarikan oleh perogol semasa pulang pada waktu spetang daripada sekolah selesai menduduki peperiksaan PMR. Mangsa dirogol dalam sebuah rumah kosong oleh suspek yang tidak dikenalpasti olehnya dan ditinggalkan di rumah kosong tersebut. Ketika menerima repot tersebut saya sangat terkejut dan simpati dengan mangsa dan ibu bapa mangsa yang hanya meluahkan perasaan mereka dengan linangan air mata sahaja. Hari yang seterusnya saya bertugas di tempat yang saya saya melihat kematian di hadapan mata saya sendiri dan itu adalah kali pertama saya melihat mayat. walaupun kes sebegitu kini saya rasakan hanyalah kes biasa yang berlaku di kawasan lembah klang, tetapi saya masih tidak boleh melupakannya kerana ianya adalah repot jenayah kekerasan yang pertama saya terima.
No comments:
Post a Comment