Monday, July 9, 2018

KERJAYA


Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Perkataan itu sering kita dengari terutamanya apabila berkisarkan tentang rezeki. Begitulah juga dengan rezeki saya. Saya tidak pernah menyangka kerjaya saya adalah Polis walaupun semasa zaman persekolahan dahulu ianya pernah menjadi salah satu cita-cita saya. Kreteria pemilihan anggota dan pegawai polis dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah sangat susah terutamanya dari segi fizikal dan perwatakan. Sebenarnya sebelum saya dipanggil untuk jawatan konstabel polis wanita, saya telah dipanggil untuk temuduga jawatan Inspektor. Saya pergi hadir temuduga tersebut dengan tawakkal kerana saya tahu bahawa bukannya mudah untuk mendapat jawatan tersebut sedangkan semasa temuduga konstabel juga ianya terlalu rumit inikan pula inspektor. Ternyata tekaan saya sangat benar di mana temuduga inspektor tersebut perlu dijalani selama 3 hari dan selama tempoh itu pelbagai ujian dan cabaran yang diberikan. Setelah 6 bulan menunggu panggilan inspektor dan setahun lebih menunggu panggilan jawatan konstabel, alhamdulilah saya menerima tawaran bagi jawatan konstabel polis wanita. Saya telah menjalani latihan kepolisan di Pusat Latihan Polis Air Hitam Negeri Sembilan selama 6 bulan. Sepanjang tempoh tersebut tiada hari tanpa latihan dan masa tidur iaitu sekitar jam 0001 hrs adalah paling bermakna bagi seoraang pelatih ataupun rekrut kerana sesi latihan akan dimulakan seawal jam 0600 hrs. Ketahanan mental memainkan peranan penting selama tempoh latihan tersebut di mana para pelatih perlu berhadapan dengan rakan satu dorm seramai 23 orang yang pelbagai ragam dan perlu berhadapan dengan latihan fizikal dan akademik (undang-undang). Selain itu juga disiplin dan tatasusila juga sangat ketat peraturannya sehingga mencabar ketahanan mental. Selamat tempoh lahitan itu juga penurunan berat badan yang diharapkan selama ini telah berjaya dengan jayanya. Berat badan saya telah berkurangan hampir 10kg. Terdapat juga rakan-rakan yang terkandas di tengah jalan apabila tidak dapat menghabiskan tempoh latihan akibat tertekan dan lain-lain masalah. Saya juga tidak ketinggalan mengalami tekanan perasaan dan hampir mengikuti jejak langkah rakan-rakan yang telah berkemas pulang. Tetapi Allah maha besar, dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Akhirnya saya mendapat kekuatan daripada kesakitan yang dilalui sepanjang tempoh latihan dan saya dengan jayanya dapat menamatkan latihan asas kepolisan pada 27 Disember 2008 dengan penganugerahan Sijil Asas kepolisan (PLAK).    

No comments:

Post a Comment

DINAH

makan malam bersama sahabat Video ini adalah hadiah daripada sahabat baik saya..nama panggilan Kevin.