AYAM MASAK KICAP
Aktiviti masa lapang saya yang paling utama adalah memasak. Selain dilihat ianya sebagai satu tanggungjawab sebagai seorang suri dan seorang ibu, ianya juga telah menjadi salah satu daripada hobi saya. Saya suka memasak untuk ahli keluarga saya apabila saya berkesempatan dan menu masakan saya yang sangat digemari oleh seisi keluarga saya ialah ayam masak kicap. Ayam masak kicap adalah satu masakan yang sangat ringkas dan mudah tetapi saya menggunakan teknik-teknik tertentu untuk menjadikan masakan tersebut menjadi lagi lazat hingga menjadi kegemaran ahli keluarga saya. Selain ahli keluarga, rakan-rakan saya turut bertanya apa sebenarnya rahsia ayam masak kicap mengikut “style” saya. Saya tidak mempunyai resepi yang khusus dalam penyediaan ayam masak kicap tersebut tetapi saya menggunakan kaedah tertentu iaitu menggoreng ayam secara separuh masak terlebih dahulu. Saya juga menggunakan kicap manis cap kipas udang dan juga menggoreng kicap tersebut bersama minyak gorengan ayam tadi bersama tumisan bawang. Seterusnya saya akan memasak ayam tersebut menggunakan api yang perlahan dan dalam tempoh masa yang tertentu. Sebenarnya memasak adalah lahir daripada kasih sayang kita terhadap orang yang akan menjamu makanan terebut. Akhirnya kasih sayang itu akan dicurahkan ke dalam makan hingga menjadikan makanan itu lazat tak terkata.
No comments:
Post a Comment