Sunday, July 8, 2018

Melawat Bandung

 I lOVE BANDUNG...

Awal Mac 2017 saya dan 2 orang sahabat yang saya sayangi telah bercuti ke bandung. Kami sebenarnya telah lama membuat perancangan untuk melancong ke Bandung, Indonesia iaitu sejak tahun 2016 lagi. Atas beberapa faktor tertentu seperti kouta cuti dan permohonan ke luar negara yang mengambil masa, kami akhirnya dapat menjejakkan kaki ke Bandung pada tahun 2017. walaupun pelbagai halangan sebelum pergi, rezeki menyebelahi kami dan perjalanan kami sangat berjalan dengan lancar.

Pada hari pertama, Iman membawa kami membeli-belah di Tokoh Tiga dan Pasar Baru dan kami mengambil masa yang lama di sini untuk membeli-belah. Saya sangat sukakan batik oleh itu saya tidak jemu-jemu untuk melihat keindahan kain-kain ataupun pakaian yang berasaskan batik yang dijual di Pasar Baru. Manakala Toko . Hari kedua Factory oulet, Cibaduyut. Hari ketiga Kawah Putih dan Farmhouse Susu Lembang dan Factory Oulet. Factory Oulet terdapat banyak di Kota Bandung dan harganya lebih murah berbanding di negara kita.


Kami menggunakan khidmat supir (pemandu) dari Hayuka Bondeng. Nama supir Iman yang kecil, comel dan sangat baik orangnya. Setibanya kami di Lapangan Terbang Bandara Hussen Sastranegara Bandong, kami disambut mesra oleh Iman dan kami menjumpai iman walaupun kertas yang dipegangnya itu tertulis “Dinar” dan bukannya nama saya “Dinah”. Iman seorang yang sangat lucu dan peramah. Sepanjang dalam perjalanan di dalam kereta, dia tidak jemu untuk bercerita kepada kami mengenai kota Bandung.
Bandung bersuhu rendah berbanding negara kita. Cuacanya yang sejuk dan berangin membuatkan kita sangat selesa untuk bergerak ke mana-mana sahaja. Saya sangat suka suasana Bandung yang sebegitu dan cuaca Bandung itu saya sangat rindui hingga kini. Suhu yang sejuk, kering dan berangin membuatkan saya bertambah cinta kepada kota itu.  
LUAK-KOPI LUAK

Pada hari pertama, Iman membawa kami membeli-belah di Tokoh Tiga dan Pasar Baru dan kami mengambil masa yang lama di sini untuk membeli-belah kerana ianya memang hobi saya dan hobi wanita-wanita lain juga. Saya sangat sukakan batik oleh itu saya tidak berasa jemu untuk melihat keindahan kain-kain ataupun pakaian yang berasaskan batik yang dijual di Pasar Baru. Manakala Toko tiga pula menjual pakaian berjenama terkenal dan harganya juga sangat berpatutan . Hari kedua kami dibawa ke Factory oulet, Cibaduyut. Hari ketiga Kawah Putih dan Farmhouse Susu Lembang dan Factory Oulet. Factory Oulet terdapat banyak di Kota Bandung di mana kedai ini menjual pakaian berjenama terkenal dengan harga yang berpatutan dan lebih murah berbanding di negara kita. Perkara utama yang membuatkan saya tertarik untuk pergi ke Kota Bandung ini adalah untuk membeli-belah. Tetapi apabila tiba di kota ini, saya lebih tertarik dengan cara hidup masyarakat kota ini.


Saya amat mengagumi masyarakat Kota Bandung kerana mereka hidup dalam bermasyarakat di samping kotanya yang bersih. Pada setiap pagi sedang kita masih lena diulit mimpi akan kedengaran bunyi hon dan  suara-suara yang memanggil-manggil. Masyarakat Bandung mula keluar untuk bekerja seawal subuh. Di tepi-tepi jalan kita akan dapat melihat beberapa orang sedang membuat kerja-kerja membersihkan jalan-jalan dan pinggir-pinggir kedai. Menurut Iman, orang-orang berkenaan melakukan kerja-kerja tersebut secara sukarela.  Apa yang menariknya lagi, walaupun Kota Bandung sesak dan jarang terdapat lampu isyarat, tetapi terdapat sukarelawan akan membantu untuk mengawal lalu lintas. Menurut Iman lagi, kes kemalangan jalan raya jarang sekali berlaku kerana sikap pemandu yang saling bertolak ansur. Pemandu-pemandu kereta juga akan berhenti untuk memberikan sedikit sumbangan kepada sukarelawan itu. Kadang-kadang kita akan mendengar bunyi hon kereta dan sebenarnya bunyi hon itu bukan seperti di negara kita yang bertujuan untuk memberi amaran ataupun menunjukkan rasa tidak puas hati pemandu. Di Kota Bandung, pemandu membunyikan hon kereta sebagai tanda terima kasih dan sapaan. Masyarakat di sana juga sangat rajin bekerja. Di setiap pinggir jalan akan kelihatan ramai  penjaja yang menjaja makanan dan lain-lain barangan. Satu hal yang membuatkan saya kagum lagi iaitu sepanjang saya berjalan kaki di Kota itu selama 3 hari, saya tidak pernah melihat ataupun didatangi oleh peminta sedekah tetapi saya hanya didatangi oleh penjaja yang memujuk saya untuk membeli barangan jualan mereka. Saya amat mengagumi masyarakat kota ini yang hidup berdikari, gigih dan bermasyarakat. Walaupun sesetengah daripada mereka hidup dalam keadaan sederhana, tetapi mereka masih mahu membantu orang lain. Saya tidak melihat kepada yang jauh tetapi saya melihat sikap itu pada supir kami iaitu Iman. Setiap kali beliau melihat beberapa orang sukarelawan yang membuat kerja-kerja amal, beliau akan memberikan sedikit sumbangan kepada mereka. Sikap mereka ini telah menyedarkan saya bahawa hidup adalah satu perjuangan dan kita sesama manusia perlu sama-sama berjuang di dunia yang hanya pinjaman semata-mata.

Hari terakhir kami berada di Kota Bandung kami hanya sempat bersarapan di hotel dan terus bergerak ke lapangan terbang. Semasa di lapangan terbang pula kami menghadapi masalah apabila berat bagasi kami telah berlebihan dan kami perlu membuat bayaran untuk lebihan bagasi. Apa yang menjadi masalah apabila kami kehabisan wang Rupiah kerana baki wang Rupiah telah kami berikan kepada Iman. Akhirnya masalah tersebut selesai apabila kami dapat menukar mata wang Rupiah. Seterusnya kami terus menaiki pesawat dan berlepas dari Bandung ke Kuala Lumpur. Saya meninggalkan Bandung dengan penuh emosi. Saya berasa sangat sedih untuk  meninggalkan kota yang mendamaikan itu tetapi saya juga tidak sabar untuk pulang ke tanah air untuk berjumpa permaa hati saya.

Terima kasih Bandung, banyak yang saya telah pelajari dalam tempoh yang singkat itu. 





Kereta Haayukka Bondeng

No comments:

Post a Comment

DINAH

makan malam bersama sahabat Video ini adalah hadiah daripada sahabat baik saya..nama panggilan Kevin.